Soalan lazim

Tuan rumah

Boleh saya daftar sendiri?
Tidak. Isi borang "Cuba percuma" dan admin kami akan aktifkan akaun anda.
Siapa tambah rumah dan penyewa?
Anda sendiri, dari dashboard, selepas akaun aktif.
Bila peringatan sewa dihantar?
E-mel automatik dihantar 3 hari sebelum tarikh bayar, pada hari bayar, dan 7 serta 14 hari lewat. Anda disalin (cc) pada e-mel terakhir.
Boleh hantar SMS juga?
Boleh. Hidupkan SMS dalam Profil Saya (hari bayar dan 7 hari lewat). SMS hanya berfungsi jika peringatan e-mel dihidupkan.
Boleh hentikan peringatan untuk seorang penyewa?
Boleh. Jeda peringatan dari butiran penyewa itu.

Penyewa

Perlu log masuk untuk bayar?
Tidak. Tekan Bayar sekarang dalam e-mel peringatan.
Macam mana nak masuk portal penyewa?
Tuan rumah anda hantar e-mel jemputan. Selepas itu, log masuk di rumahsewamy.com/tenant/login.
Apa ada dalam portal?
Resit, bil, dan aduan kerosakan (boleh lampir gambar).
Macam mana nak hubungi tuan rumah?
Tekan butang WhatsApp tuan rumah dalam portal.

Akaun & log masuk

Lupa kata laluan?
Tuan rumah: tekan "Lupa kata laluan" di halaman /login. Penyewa: pergi ke /tenant/forgot-password.
Tak dapat e-mel jemputan?
Semak folder Spam. Penyewa boleh minta tuan rumah semak alamat e-mel anda. Tuan rumah boleh hubungi kami.
Data saya selamat?
Setiap tuan rumah hanya nampak data sendiri. Kami guna kata laluan kukuh, CAPTCHA, dan storan fail peribadi.
Nak beri cadangan?
Tuan rumah boleh guna Maklum Balas di menu tepi dashboard.

Bayaran

Cara bayar apa yang ada?
FPX atau DuitNow QR, melalui Chip.
Dapat resit?
Ya. Bayaran ditanda "dibayar" secara automatik dan resit dikeluarkan.
Bayar tunai atau pindahan sendiri?
Tuan rumah boleh tanda bayaran itu sebagai dibayar di dashboard.
Bila sewa sampai ke tuan rumah?
Sewa dipindahkan ke akaun bank tuan rumah secara berkumpulan, bersama penyata.

Masih perlukan bantuan?

Kami balas secepat mungkin.

WhatsApp011-1243 3150
E-mel kamifrostofficial.my@gmail.com

Hantar soalan

Anda ialah

Kami guna maklumat ini untuk balas soalan anda sahaja.